Jom Booking !

KEKOSONGAN MEI, JUN , JULAI DAN SETERUSNYA 2026

(Untuk hari minggu)

Masih banyak kosong

BULAN SETERUSNYA 2026 STILL AVAILABLE



Masih banyak lagi kekosongan di kem. Jom Whatassp saya di 012 369 4057 untuk ' FAST RESPONSE' - KLIK SINI




Pusat Latihan dan Rekreasi Jempol NS

                                                                  
Anda mencari - cari tempat untuk mengadakan kursus atau menjalankan aktiviti perkhemahan dengan budjet yang rendah dan terbaik?. Kalau betul. BERHULUCAMP adalah jawapannya. Anda pasti seronok dan teruja apabila berada di sini kerana pengalaman kami lebih 25 tahun dalam bidang motivasi dan perkhemahan amat mengetahui kehendak anda. 

Oleh itu kami mengalu - alukan kedatangan anda ke Pusat Latihan dan Rekreasi BERHULUCAMP di Hutan Lipur Jeram Kg Serting Ulu Jempol, Simpang Pertang Negeri Sembilan. Kem Bina Semangat ini menyediakan tapak perkhemahan , chalet, tempat berkursus atau seminar, padang kawad untuk xtvt badan beruniform, percutian keluarga ala kampung, pakej Hari Keluarga ( Family Day ), tempat mesyuarat, majlis keramaian, menganjurkan kem motivasi dan kecemerlangan pelajar serta pusat rekreasi lasak dan motorcross.
.

BERHULUCAMP terletak   kira - kira 12 KM daripada Pekan Batu Kikir  dan 4 KM sahaja daripada  Pekan Simpang Pertang Jelebu Negeri Sembilan.Kem ini juga berhampiran dengan  Pusat Penyelidikan Hutan Hijau Khatulistiwa  atau FRIM yang tertua di dunia. BERHULUCAMP di usahakan  oleh para jurulatih yang berpengalaman luas hampir 25 tahun dalam pelbagai program dan kursus untuk pelajar , belia mahupun golongan berkerjaya.Pada asalnya, mereka ini adalah sukarelawan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol NS yang menjadikan ia suatu hobi bagi membantu sekolah , persatuan dan agensi kerajaan  mengadakan program - program motivasi pelajar, kem perkhemahan  dan kursus belia secara percuma sahaja . Akhirnya setelah 15 tahun ( bermula tahun 1996 ) berkecimpung dalam bidang ini, maka lahirlah BERHULUCAMP pada 28hb Januari 2011 di Hutan Lipur Serting Ulu yang menghimpunkan barisan jurulatih dan fasilitator yang luas pengalamannya dalam dunia Outdoor dan Motivasi khasnya.

BERHULUCAMP menakjubkan kerana terletak di dalam dusun buah - buahan dan di kelilingi dengan suasana alam hutan semulajadi yang mendamaikan. Di sini juga terdapat  jeram yang cantik dan airnya sangat jernih. AWAS ! Sekiranya musim buah - buahan pula , pastikan buah durian tidak jatuh pada anda kerana kem ini mempunyai pelbagai jenis pokok buah - buahan . Yang bestnya juga Kampung Serting Ulu memang terkenal di daerah ni dengan jolokan Kg Pesta Musim Buah - Buahan bila tiba musimnya.Bagi anda yang " Gila Pancing " pula jangan lepaskan peluang kerana berhampiran kem terdapat 8 buah kolam pancing yang di usahakan oleh belia Kg Serting Ulu .

Pelbagai kemudahan di sediakan bagi memudahkan anda menjalankan sebarang xtvt kursus malahan ia juga di buka untuk anda yang ingin bercuti ala kampung atau pun  bercadang mengadakan Hari Keluarga . Semoga anda berpuas hati dengan khidmat yang di berikan oleh kami.  Jom jumpa di  BERHULUCAMP. Kami Sentiasa Menantikan Kedatangan Anda !



.


.


Add Facebook Kami Ya for More XTVT BERHULUCAMP

Staf Berhulucamp. Sempoi dan sentiasa mencuit hati peserta.Apapun kami serius dalam tugasan yang di pikul

Hutan Lipur Serting Ulu


Petikan Akhbar Utusan Malaysia 
ARKIB : 30/12/2010

Hutan Lipur Serting Ulu mengasyikkan



PENGUNJUNG bermandi-manda di Hutan Lipur Serting Ulu, baru-baru ini.


JEMPOL 29 Dis. – Suasana kampung yang aman damai ditambah pula dengan pemandangan unik rumah tradisi masyarakat Minangkabau di sepanjang jalan, pastinya menambat hati sesiapa yang mengunjungi Hutan Lipur Serting Ulu, dekat sini.Dengan kedudukannya kira-kira 20 kilometer dari pekan Bahau, dekat sini, hutan lipur itu menjanjikan pengalaman luar biasa kepada sesiapa yang pertama kali menjelajah dalam alam flora dan faunanya.

Mengikut fakta sejarahnya, kawasan itu mula dimajukan pada tahun 1986 selepas ia ditemui hampir 100 tahun lalu oleh penjajah British dan sejak itu ia mula menjadi tarikan kepada pengunjung dalam dan luar negeri.Jalan masuk sejauh dua kilometer ke hutan lipur itu agak sempit dan kadangkala kereta yang dipandu terpaksa berhenti di bahu jalan bagi memberi laluan kepada kenderaan dari arah bertentangan.Apa pun, mata anda pastinya terarah pada pandangan sekumpulan kerbau yang sedang berendam di dalam lumpur atau gelagat monyet dan burung bermain-main di atas pokok.Selepas melalui kawasan kampung yang permai, para pengunjung akan melihat satu kawasan hutan yang dijaga rapi dan di tengahnya mengalir air sungai pergunungan yang jernih.Bagaimanapun, apabila pertama kali menjejak kaki di sini, pasti mata anda akan tertumpu pada satu papan tanda yang melarang pengunjung membawa makanan yang tidak halal.Berdasarkan penceritaan orang lama di situ, terdapat satu perkampungan orang bunian berhampiran hutan lipur itu dan bagi menghormati mereka, hanya makanan halal dibenarkan dibawa masuk.Sekiranya pantang larang tersebut dilanggar, dikhuatiri menyebabkan masyarakat bunian marah dan ‘mengganggu’ pengunjung.Apa yang menarik, lokasi tersebut juga pernah menjadi lokasi pertempuran Perang Dunia Kedua.Malah masih kelihatan beberapa lubang sedalam hampir semeter yang dikatakan kesan bom di kawasan tersebut.

Di sini juga terdapat jambatan gantung sepanjang 100 meter yang menghubungkan dua buah bukit dan di pengunjungnya boleh menyaksikan pemandangan hutan dengan lebih jelas.Di bawah jambatan gantung itu anda boleh melihat air sungai yang mengalir dan menyaksikan pemandangan hutan lipur tersebut dari pandangan atas.Hutan lipur itu juga kaya dengan pelbagai spesies pokok hutan malah ia turut dilabelkan sebagai salah satu cara pembelajaran tidak formal.Walaupun sungai yang mengalir agak kecil dan cetek, pengunjung boleh mandi di satu kawasan kolam yang sengaja dibina untuk kemudahan pengunjung.Bagi memudahkan pengunjung, terdapat deretan kedai yang menjual pelbagai makanan dan minuman serta cenderamata untuk dibawa pulang.

Seorang pengunjung, Kin Fatt Chon, 41, berkata, hampir setiap bulan dia dan keluarga akan datang ke hutan lipur tersebut untuk berkelah.Fatt Chon yang berasal dari Bahau dekat sini, memberitahu, dia memilih lokasi tersebut kerana suasana yang damai serta kemudahan awam yang lengkap.‘‘Pemandangan hutan menghijau dan air sungai yang jernih menjadikan kawasan ini sesuai untuk berehat serta menenangkan fikiran setelah penat bekerja.‘‘Saya dan keluarga juga suka melihat keindahan dan suasana kehidupan kampung sebelum masuk ke pusat perkelahan ini,” katanya.Seorang lagi pengunjung, Nor Fazrina Azman, 12, berkata, dia berkunjung ke hutan lipur tersebut untuk menenangkan fikiran selepas menghadapi peperiksaan.
‘‘Tempat itu juga sesuai dijadikan tempat mengulang kaji pelajaran kerana keadaannya yang nyaman dan tenteram,” katanya.Rakannya, Muhammad Syahmi Zulkifli, 12, pula berpendapat, jika ada kemudahan WiFi ia pasti menarik minat pengunjung terutama golongan remaja ke sini.‘‘Sekiranya mereka tidak mahu mandi-manda mereka boleh bersantai sambil melayari Internet di sini,” jelasnya.Apa yang pasti, hutan lipur ini kini menjadi satu lagi produk pelancongan domestik yang semakin mendapat perhatian pengunjung, terutama sekali pada hujung minggu.

Jelasnya, jika anda datang ke hutan lipur ini, jangan lupa membawa kamera kerana ia merupakan destinasi paling menyeronokkan terutama sekali sebagai bahan kenangan untuk diabadikan sampai bila-bila.

Info Hutan Lipur Serting Ulu

Bahau kaya sejarah, alam semula jadi

Hutan Lipur Serting Ulu, adalah satu daripada pelbagai tempat menarik di daerah Jempol, Negeri Sembilan yang wajar dilawati. Ia terletak di bahagian Utara kira-kira 20 kilometer dari Bahau dan kawasan ini mula dimajukan pada 1986.

Jalan masuk ke hutan lipur ini agak sempit dan hanya sebuah kereta boleh melaluinya. Keadaan ini menguji kesabaran pemandu kerana sebuah kereta perlu berhenti untuk memberi laluan kepada kenderaan dari arah bertentangan untuk melepasinya dalam satu masa.
Bagaimanapun, yang pasti perjalanan ke kawasan itu menawarkan keindahan alam semula jadi dan suasana kehidupan kampung yang penuh harmoni. Kebanyakan rumah di sini dibina berasaskan seni bina Minangkabau. Pengunjung boleh melihat keistimewaan seni bina rumah berkenaan di Teratak Za’ba atau Zainal Abidin Ahmad.

Pengunjung boleh melihat pelbagai senario yang jarang ditemui di tempat lain seperti sekumpulan kerbau yang sedang bermain lumpur, kanak-kanak berlarian, suri rumah yang menyapu di halaman rumah dan sebagainya.

Selepas menempuhi perjalanan lebih kurang dua kilometer, pengunjung dapat melihat kawasan hutan yang dijaga dengan rapi. Keriuhan suara kanak-kanak bermain dan bunyi aliran air sungai beriringan menyambut kedatangan pengunjung, menggantikan kebingitan dan kesibukan kota.

Ada sebuah chalet bagi memenuhi kehendak pengunjung yang ingin bermalam di kawasan ini. Chalet yang dibina itu tidak mengganggu ekologi dan merosakkan keindahan alam semula jadi serta habitat.

Sebuah blok bangunan yang mempunyai empat kedai disediakan untuk menjual makanan dan minuman sebagai satu cara memudahkan pengunjung untuk mendapatkan bekalan air dan makanan yang diperlukan. Suasana sekeliling yang indah, damai dan tenang pasti membuatkan pengunjung tidak sabar-sabar menikmati suasana di kawasan itu dan melakukan aktiviti masing-masing.

Ketika masuk ke hutan, pengunjung pasti terkejut kerana kawasan sekitarnya terlalu bersih, tanpa sampah-sarap seperti di kebanyakan kawasan rekreasi lain. Satu lagi perkara menarik yang pengunjung boleh lihat ialah papan tanda yang melarang pengunjung membawa makanan yang tidak halal ke kawasan ini.

Waktu pagi adalah yang paling indah. Pengunjung dapat menghirup kesegaran udaranya. Untuk memasuki kawasan ini, pengunjung perlu mendaki bukit sekali gus menghirup kesegaran dan kenyamanan udara di tempat ini. Yang pasti, di sinilah tempat paling sesuai merehatkan diri dan fikiran.

Perkara yang pertama sebaik sampai di sini ialah merendamkan kaki di dalam air sungai yang sedang mengalir. Urutan batu-batu kecil dan kesejukan air yang mengalir pastinya dapat menghilangkan kepenatan sepanjang memandu sebelum tiba ke tempat ini. Ada sebuah jambatan gantung yang dibina untuk menghubungkan dua bukit di sini.

Tempat ini juga mempunyai nilai sejarah yang tidak boleh diketepikan kerana kawasan ini pernah menjadi medan pertempuran antara pihak komunis dan Jepun.

Untuk pengetahuan anda, di belakang papan tanda Hutan Lipur Serting Ulu, ada sebuah lubang kesan daripada pengeboman askar Jepun ke atas kubu komunis berpuluh tahun lalu. Selain itu, ada sebuah terowong yang juga menjadi laluan rahsia pihak komunis untuk melarikan diri.

Kajian pihak perhutanan mendapati terowong terbabit berakhir di Jeram Tengkek, Pasir Besar. Malah, beberapa perkakasan memasak seperti periuk dan pinggan serta barang lain seperti lampu, meja, mesin jahit ditemui di dalam terowong ini. Namun, pengunjung perlu mendaki beberapa buah bukit dan gunung untuk ke terowong ini.

Bagi penggemar sukan lasak, Hutan Rekreasi Serting Ulu menawarkan tempat untuk berkhemah atau menjalankan aktiviti mendaki. Pengunjung boleh meneroka terowong ini jika benar-benar inginkan cabaran.

Pengunjung juga boleh mengambil kesempatan mandi manda di Air Terjun De Bana yang kedudukannya hanya beberapa kilometer dari Hutan Lipur Serting Ulu. Air Terjun De Bana amat cantik dan kaya dengan keindahan alam semula jadi. Kawasan ini kaya dengan pelbagai spesies flora seperti orkid liar, Eorycoma Longifolia (Tongkat Ali) dan Kacip Fatimah. Kawasan ini sesuai untuk aktiviti lasak seperti Junggle Tracking.

Pendita Za’ba menjadi kebanggaan penduduk daerah Jempol kerana mengingatkan orang ramai bahawa Jempol pernah melahirkan seorang tokoh ilmuan yang berjaya dan disanjung tinggi. Beliau menjadi sumber inspirasi anak muda Jempol untuk berjaya dalam setiap bidang yang diceburi.

Teratak Za’ba dibina di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, tempat kelahirannya. Di sini menempatkan segala buku hasil penulisan beliau, gambar kenangan serta barang peninggalan beliau.

Bagi mereka yang ingin mengenali tokoh ilmuan termahsyur ini, Teratak Za’ba boleh menceritakan segala-galanya.

Sungai Lui, satu lagi destinasi yang mungkin kurang dikenali namun menyimpan satu sejarah pahit yang cukup menarik untuk diketahui. Sungai Lui terletak berhampiran dengan sempadan Pahang kira-kira 25 kilometer ke utara Bandar Bahau. Di sini dibina sebuah tugu peringatan mangsa yang terkorban pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Tugu Peringatan Sungai Lui ini dibina atas inisiatif saudara mara mangsa. Seramai 382 mangsa terkorban dalam sejarah pahit itu.

Bagaimana ke sana?

Kedudukan Bahau kira-kira 250 kilometer dari Kuala Lumpur. Sekiranya anda menggunakan Lebuhraya Utara Selatan, anda boleh masuk menerusi Plaza Tol Senawang dan terus ke Bukit Putus untuk ke Kuala Pilah. Selepas ke Kuala Pilah, anda perlu ke arah Juasseh sebelum tiba di Bahau.

Tapak Perkhemahan dan Kem Rekreasi

Sekiranya Anda mencari tapak perkhemahan dan ingin menganjurkan sebarang kursus berkonsepkan perkhemahan dan landskap Hutan dan Air jeram. Berhulu Camp adalah tempat yang paling sesuai. Pelbagai kemudahan di sediakan untuk kegunaan para peserta. Pakej yang di sediakan sangat berbaloi sesuai kehendak pelanggan kami. Kem Berhulu yang terletak di Jeram Serting Ulu atau Hutan Lipur Serting Ulu adalah kem yang menjanjikan pelbagai program menarik. Anda juga yang tercari - cari kawasan untuk menganjurkan Family Day, Berhulu Kem sangat sesuai kerana di sini kami ada menyediakan Chalet dan jeram yang berhampiran  dan ia sangat sesuai untuk mandi manda bersama keluarga dan kanak - kanak. 

Sempena tahun 2013 ini, sekali lagi Berhulu Kem menawarkan promosi pakej menarik kepada para pelanggan kami. Harga pakej serendah RM15 seorang 3 hari 2 malam amat berbaloi. So sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut tentang pakej - pakej lain sila hubungi pihak Berhulu Camp.