Jom Booking !

KEKOSONGAN APRIL 2024

(Untuk hari minggu)

Masih banyak kosong

BULAN SETERUSNYA 2024 STILL AVAILABLE



Masih banyak lagi kekosongan di kem. Jom Whatassp saya di 012 369 4057 untuk ' FAST RESPONSE' - KLIK SINI




Pakej Sewa Tapak

CHECK IN JAM 3PM - CHECK OUT JAM 12 TGHR
( Sekiranya lebih, cas Tambahan RM100 di kenakan mengikut jam)

PAKEJ SEWA TAPAK

* SEWA TAPAK SAHAJA
* KHEMAH BAWAK SENDIRI
* MASAK SENDIRI !!
* PERALATAN MASAK BAWAK SENDIRI - KAMI TIDAK SEDIAKAN
* PROGRAM BUAT SENDIRI
* SEMUA SENDIRILAH KATAKAN TAPI
* LEBIH MENGUNTUNGKAN !!!

Sebenarnya kebanyakan pusat latihan tidak menawarkan Pakej Masak Sendiri di kawasan mereka disebabkan masalah kotor dan sampah. Namun Berhulucamp memberi kelonggaran untuk penganjur  memasak sendiri di kawasan kem dengan bersyarat .Bermula tahun 2023. Pihak berhulu Camp telah menetapkan kepada group yang mengambil pakej ini, maka mereka akan di tempatkan di 2 kawasan berbeza mengikut harga di tetapkan. 

Apapun setiap group yang ingin memasak sendiri, mereka dikenakan Cas Deposit Sampah sebanyak RM300  bagi memastikan kebersihan selepas tamat perkhemahan terjamin. 

Bayaran hendaklah dijelaskan sebelum program bermula. Deposit ini akan di pulangkan semula selepas pihak Berhulu Camp berpuas hati setelah pelanggan / peserta membersihkan kawasan dapur / masak dan tapak perkhemahan. Ini termasuk memastikan pihak penganjur / peserta membuang segala baki sampah ke tempat pembuangan sampah khas yang di sediakan  berhampiran di berhulucamp.Sila rujuk kepada penyelia kem. Kegagalan mematuhi prosedur ini, maka pihak kem berhak memotong cas ini tanpa sebarang amaran.Deposit akan dipulangkan selepas 3 hari program bagi memberi ruang, staf kami memeriksa.( harap maklum).

TERDAPAT 2 CAMPSITE : 

1. CAMPSITE DELIMA 

    Campsite boleh muat 60 orang kebawah
    Ada 1 dewan berserta PA Sistem / Kipas Angin / duduk bersila / 2 Gazebo 
    2 bilik air laki perempuan terdiri (2 Tandas Laki  + 2 Tandas Perempuan)
    Harga RM700 Semalam 










2. CAMPSITE KELAH

     Campiste boleh sehingga 200 orang
     Dewan boleh muat 120 kebawah beserta PA Sistem / Kipas Angin / Duduk Bersila/ 1 Gazebo
     12 bilik air 
     Harga RM 1300  - RM1500 Semalam.










Group juga di wajibkan membawa plastik sampah untuk sisa - sisa sampah sarap.
* DIWAJIBKAN MEMBAWA PLASTIK SAMPAH HITAM UNTUK SISA- SISA SAMPAH ANDA

BAGI YANG TIADA KHEMAH. BOLEH BUAT SEWAAN :
----------------------------------------------------------------------------
Khemah Jenis 4 orang Iglu Single Layer - RM45 Semalam -
( Sesuai utk 2 - 3 orang dewasa)
Saiz 200 x 200 x 130cm

Khemah Jenis 8 orang Iglu - RM70 Semalam ( Khemah ini terhad)
(Sesuai untuk 5 - 6 org dewasa)
Saiz 280 x 280 x 160cm

TUNTUTAN TIDAK DILAYAN:
* Khemah ini sekadar perlindungan sementara sahaja. Kalau hujan  lebat x berhenti - henti berjam - jam atau berkhemah di musim hujan dan menyebabkan tapak khemah air bertakung. Apa jua khemah pun air akan masuk akhirnya.

 So konsep Ganti Rugi tidak di benarkan di sini sekiranya anda tidak berpuas hati berkenaan khemah2 ini.. Sekiranya tidak bersetuju dengan terma ini.Di nasihatkan pihak tuan , boleh menyewa khemah di tempat lain . Kami tidak memaksa anda untuk menyewa khemah di sini.

*Biasa pelajar boleh tidur di dewan sekiranya hujan lebat.