Jom Booking !

KEKOSONGAN APRIL 2024

(Untuk hari minggu)

Masih banyak kosong

BULAN SETERUSNYA 2024 STILL AVAILABLE



Masih banyak lagi kekosongan di kem. Jom Whatassp saya di 012 369 4057 untuk ' FAST RESPONSE' - KLIK SINI




Cara / Syarat Tempahan


SYARAT - SYARAT TEMPAHAN DAN BAYARAN BERHULUCAMP

1) Bagaimana nak buat tempahan ?

Mula - mula lihat pakej - pakej yang sesuai yang terdapat dalam website ini. Sila rujuk bahagian Harga Pakej dan Aktiviti Outdoor | Pakej Promosi 3H2M| Pakej Budjet 3H2M| Pakej Promosi 2H1M atau apa - apa pakej. Selepas berminat dah mengetahui, pakej mana yang sesuai.

ii) Whatsapp 012 3694057 untuk mengetahui, cadangan tarikh yang dicadangkan masih available atau tidak

iii) Sekiranya tarikh masih available dan perlukan sebutharga untuk mengetahui total sepenuhnya. Sila klik pada ' MOHON SEBUTHARGA' isi borang simple dan klik SENT. Nanti dalam tempoh 24 jam, pihak kem akan membalasnya.

iv) Selepas dah dapat sebutharga. Sila buat bayaran deposit untuk booking terus tarikh berkenaan,

.
* Deposit Tempahan. Sekiranya kos bayaran keseluruhan dibuat melalui :
1. Tunai maka deposit sebanyak 50% dari jumlah keseluruhan Kos di perlukan
2. LO ( Local Order )  maka RM500 + Surat Pengesahan Jabatan / Salinan LO
1. Deposit.
Wang pendahuluan atau deposit tempahan adalah diperlukan sebanyak 20% daripada jumlah kos sebenar. Bagi yang menggunakan Tempahan Kerajaan atau LO pula, Deposit tetap juga dikenakan sebanyak RM500 sahaja serta disertakan Surat Pengesahan Jabatan atau salinan LO. Sila Fax / Emailkan salinan LO beserta Surat Pengesahan dan Salinan Slip Bank ( RM500 ) sebagai bukti pembayaran. Slip asal ini juga hendaklah dibawa semasa pendaftaran nanti.
.
2. Pengesahan Tempahan.
Pengesahan tempahan hanya diterima selepas kami menerima pembayaran deposit atau salinan LO 
( Local Order + Bersama Surat Pengesahan Jabatan ) .Selagi deposit atau salinan LO tidak diterima oleh pihak kami, maka tarikh cadangan anda akan sentiasa di buka kepada pihak lain yang berminat. Oleh itu, kami mengamalkan ' First Come First Served '. Oleh itu, dinasihatkan, sebelum membuat bayaran deposit, pihak tuan, diminta untuk menghubungi kami untuk mengetahui status tarikh cadangan. 
.
3. Pembayaran.
Baki pembayaran 70%  WAJIB di jelaskan sebelum program atau selewat - lewatnya 3 hari sebelum program bermula. Selagi bayaran penuh tidak diterima, maka kami BERHAK TIDAK MEMBENARKAN program diteruskan atau terus MEMBATALKAN tanpa sebarang notis sekaligus menyebabkan deposit tidak akan dipulangkan. Oleh itu, semasa sampai ke kem, pegawai bertanggungjawab dikehendaki membuat pendaftaran  terlebih dahulu di pejabat serta menjelaskan keseluruhan pembayaran terkini sekiranya ada penambahan kos . Selepas pembayaran di jelaskan sepenuhnya,  barulah, kami menyerahkan kunci chalet , dewan dan membenarkan program diteruskan.
.
Pembayaran Penuh menggunakan LO pula. Pegawai rombongan dikehendaki menyerahkan LO asal kepada pejabat semasa Check In dan pihak kami akan memulangkan semula LO ini di akhir program nanti. Deposit LO akan dipulangkan selepas kami menerima bayaran LO asal tersebut. 
.
4. Pembatalan / Penangguhan Tempahan.
i. Jika ada sebarang perubahan mengenai tempahan, diminta supaya memaklumkan kepada   pihak kami selewat-lewatnya SEBELUM 21 hari dari tarikh program yang dijadualkan.    Dalam kes ini, pihak BERHULUCAMP akan mengembalikan wang deposit tersebut namun deposit tidak akan dikembalikan sekiranya ada perubahan tarikh tempahan , tiada    sebarang berita pengesahan kehadiran atau pembatalan dilakukan dalam masa tempoh 21 hari    sebelum program berlangsung.Pihak kem juga ada hak untuk membatalkan tempahan    sekiranya tiada sebarang jawapan daripada pihak tempahan dalam tempoh tersebut 21 hari  sebelum program.

ii. Penangguhan tarikh hanya boleh di buat sekali sahaja. Selepas itu, sekiranya pihak anda ingin menangguh atau membatal, maka duit deposit akan hangus.

5. Pengesahan Jumlah Peserta Dan Rombongan. 
.
Pihak anda, di minta membuat pengesahan jumlah sebenar ( Final Comfirmation ) peserta dan rombongan yang hadir ke BERHULUCAMP selewat - lewatnya 5 hari sebelum program. Oleh itu, dinasihatkan, sebelum membuat 'Final Comfirmation', ANDA sebagai ketua  program hendaklah memastikan dahulu jumlah sebenar yang akan hadir ke BERHULUCAMP termasuk pegawai atau guru pengiring  . Selepas itu, sebarang pengurangan kehadiran tidak akan dilayan kecuali ada penambahan peserta. Pengesahan jumlah ini penting bagi kami membuat persiapan, menentukan jumlah jurulatih dan facy terlibat, pembelian alatan keperluan dan penyediaan pesanan makanan kepada pihak catering.

Biasanya 5 hari sebelum program. Pihak kami akan meminta jumlah kehadiran sebenar dan terakhir. Selepas itu, kami tidak akan melayan dan menerima sebarang permohonan pengurangan bayaran  selepas ' FINAL COMFIRMATION ' ini dibuat kecuali ada penambahan peserta . Ini kerana jumlah bayaran peserta / rombongan akan berdasarkan kepada pengesahan terakhir itu walaupun yang hadir nanti adalah kurang daripada Final Comfirmation . Malahan pengesahan hadir peserta telah disahkan sendiri oleh pihak  anda  . 

Walau bagaimanapun sekiranya terdapat tambahan bilangan peserta / rombongan di saat akhir atau semasa check in nanti. Anda cuma bayar tambahan bayaran sahaja. 
.
6. Penyediaan Senarai Nama.
Pihak BERHULUCAMP memerlukan senarai nama seperti peserta, pegawai/guru, urusetia dan fasilitator yang lengkap dan terkini bagi memudahkan urusan perjalanan program seperti penyediaan makanan, keselamatan dan lain-lain.
.
7. Kesihatan.
Diingatkan kepada penganjur, BERHULUCAMP hanya menyediakan, menjalankan dan menguruskan program sahaja. Oleh itu kebajikan para peserta, sakit pening dan deman mereka adalah di bawah tanggungjawab penganjur sendiri. Kepada peserta yang mempunyai masalah kesihatan, BERHULUCAMP tidak menggalakkan peserta terlibat menjalani aktiviti lasak. Peserta terbabit perlu mendapatkan pemeriksaan dan nasihat doktor terlebih dahulu.DIWAJIBKAN pihak anda MEMBAWA SENDIRI FIRST AID atau Bekalan Ubatan untuk kegunaan peserta.
.
8. Kebersihan.
Kebersihan perlu dijaga bagi menjamin keselesaan bagi semua pihak terutama kepada para peserta. Bagi yang masak sendiri, Deposit RM300 dikenakan.Deposit tidak akan dipulangkan sekiranya pihak tuan tidak mematuhi peraturan memasak yang di tetapkan oleh BERHULUCAMP.

9. Tanggungjawab.
BERHULUCAMP tidak akan bertanggungjawab keatas apa-apa kemalangan yang berlaku kepada peserta sepanjang program diadakan. Sebelum menjalani latihan, peserta dinasihatkan mendapat khidmat jururunding latihan yang bertauliah semasa menjalankan aktiviti luar dan  penganjur digalakkan mengambil P. A. insurans.

CHECK IN - Selepas Jam 3.00 Petang
CHECK OUT - Sebelum jam 10.30 pagi / 12.00 Tengahari.
                                          (Mengikut Pakej)
.
Cas tambahan akan dikenakan sekiranya melebihi waktu Check Out