Bulan Ogos,Sept,Okt dan bulan seterusnya 2019 masih banyak lagi kekosongan.Whatassp saya 012 369 4057 untuk ' FAST RESPONSE' - KLIK SINI




Harga Chalet,Pakej & Xtvt Outdoor


Sila Scroll jadual ini ke bawah untuk melihat Pakej - Pakej yang di tawarkan .

HARGA DIKEMAS KINIKAN PADA 
1hb MEI 2019
.
( Kalau tanya kami pasal harga pun, kami akan rujuk di sini juga )

PROMOSI DILANJUTKAN DISEMBER 2019
.
.


PENGINAPAN PESERTA SINI ADALAH SECARA BERKHEMAH SAHAJA
.
.
CHECK IN - SELEPAS JAM 3.00 PTG.
CHECK OUT - JAM 1.00 TGHR.
.
* Cas Tambahan akan dikenakan sekiranya melebihi waktu di tetapkan.
.
* Sekiranya pihak anda , ingin Check In lebih awal seperti waktu pagi , Sila hubungi kami untuk berbincang. Sekiranya tiada program bertindih, pihak kami tiada masalah untuk tujuan tersebut. 



SUNRISE VIEW -
( Melihat Keindahan Terbitnya Matahari Di Waktu Pagi )
RM6 seorang- Trekking 45 minit sahaja.


.

SPLASH BOOM - BEST GILER 
.
(Biasa Harga RM12 - RM15 Seorang .
(Sekarang Ada Promosi RM7 - RM8 Sehingga Dis 2018)
( Banyak pakej belum  memasukkan permainan ini. Sekiranya anda berminat, game ini dimasukkan ke dalam pakej anda, cas tambahan akan di kenakan berdasarkan harga promosi )


.

.
INFO PAKEJ MOTIVASI


Bagi pakej motivasi ini,hanya 6 modul ( Dewasa dan Pelajar ) disediakan oleh pihak berhulucamp iaitu modul kepimpinan, modul team building , modul motivasi pelajar, modul kecemerlangan pelajar, kem jati diri pelajar dan paling terbaru dan memberi kesan impak yang besar adalah Kem Anak Soleh. Pihak anda boleh memilih salah satu modul yang di tawarkan oleh kami. Setiap modul hanya fokus kepada satu elemen kursus bagi mencapai objektif kursus yang dianjurkan. Contoh kem kepimpinan. Sepanjang 3 hari 2 malam, program akan tertumpu kepada elemen kepimpinan sahaja.Ia sesuai untuk mereka yang bergelar ketua sesuatu organisasi, pemegang jawatan khas, pengawas sekolah, ketua - ketua pasukan dan lain - lain lagi. Bagi modul kepimpinan dan modul motivasi pelajar pengisian kursus adalah 50% indoor dan 50% adalah outdoor manakala modul team building pula kami lebih tertumpu kepada 30% indoor dan 70% outdoor.  

Min Penyertaan mestilah 40 orang peserta ke atas. Sekiranya bawah dari 40 orang, maka harga lumsum untuk 40 orang peserta  juga akan dikira walaupun dihadiri 10 orang sahaja peserta.Pegawai pengiring di kira asing dan tidak boleh di masukkan kedalam budjet peserta sekiranya peserta kurang dari 40.

Pakej asas yang terkandung bagi modul ini ialah :
- Berlangsung selama 3 hari 2 malam atau 2 hari 1 malam
- Penginapan peserta adalah khemah
- Makan 4x sehari :
  2x sarapan pagi,2x makan  tengahari, 2x makan malam dan 2x minum malam ( 3H2M)
  1x sarapan pagi, 2x makan tengahari,1x makan malam dan 1x minum malam (2H1M)
- Pengisian program dan pengurusan peserta, kami yang uruskan.
- Penceramah, jurulatih dan  fasilitator
- Modul dan tentatif program kami sediakan.
- aktiviti outdoor dan indoor sudah termasuk dalam pakej
- Peralatan LDK kami sediakan.
- Kem komandan sekiranya peserta lebih 120 orang akan disediakan.
- Peralatan aktiviti outdoor / indoor
.
Pakej ini TIDAK MELIPUTI :
Insurans , sijil, alat tulis,buku nota, tanda nama, fail kursus dan keperluan peserta.Sekiranya memerlukan bahan - bahan ini kecuali insuran sila maklumkan pada kami untuk berbincang mengenai harga.

PIHAK KAMI CUMA MENGURUSKAN DAN MENJALANKAN KURSUS SAHAJA, APAPUN KEBAJIKAN DAN SAKIT PENING PESERTA ADALAH MASIH  LAGI TANGGUNGJAWAB PIHAK PENGANJUR SENDIRI. 
.
Waktu pendaftaran Chalet dan Kursus
Check In : 3 PM
Check Out : 12 PM

MAKLUMAT :

* Semua pakej Min penyertaan peserta mestilah 40 orang ke atas. Sekiranya kurang peserta maka harga lumsum 40 orang juga akan dikenakan.. 

* Pakej di atas adalah sebagai rujukan, namun sekiranya ada penambahan dan pengurangan dari apa yang di sediakan, maka pihak anda boleh berbincang dengan kami berkenaan harga tersebut.

* Sekiranya memerlukan tenaga Penceramah / Jurulatih / Fasilitator untuk sesuatu program / slot khas. Pihak tuan bolehlah berbincang dengan kami kerana kami memang mempunyai fasilitator dan Jurulatih yang terlatih.

* Insurans peserta tidak termasuk dalam pakej - pakej yang di tawarkan.

* Katering daripada pihak luar TIDAK DIBENARKAN. Oleh itu anda diminta untuk menggunakan kemudahan penyediaan makanan yang terdapat di BerhuluCamp.

SYARAT MASAK SENDIRI !!

* Kebanyakan pusat latihan tidak membenarkan memasak di kawasan mereka disebabkan masalah kotor. Namun Berhulucamp memberi kelonggaran untuk penganjur / peserta memasak sendiri di kawasan kem dengan bersyarat. Oleh itu Berhulu Camp mengenakan Cas Deposit RM300 setiap group bagi memastikan kebersihan selepas tamat perkhemahan terjamin.

Bayaran hendaklah dijelaskan sebelum program . Apapun deposit ini akan di pulangkan semula selepas pihak BerhuluCamp berpuas hati setelah pelanggan / peserta membersihkan kawasan dapur / masak dan tapak perkhemahan. Ini termasuk memastikan pihak penganjur program membuang segala baki sampah ke tempat pembuangan sampah khas yang di sediakan  di berhulucamp.Sila rujuk kepada penyelia kem.

Pondok Masak ( kena sewa ) juga ada disediakan. Ia berhampiran dengan tapak perkhemahan. Sesuai untuk dijadikan tempat memasak dan menyimpan barang - barang masakan serta alat memasak.Di sini juga ada di sediakan singki air untuk membasuh dan para untuk memasak. Bagi yang memasak sandiri, digalakkan menyewa pondok masak ini .Sehari adalah RM50.   

TEMPAHAN:

* Tempahan bersertakan wang deposit SAHAJA dikira SAH dan comfirm. Selagi deposit tidak di bayar, maka tempahan anda tidak di ambil kira. Deposit hendaklah di buat dengan kadar segera agar kem tersebut dapat di tempah lebih awal oleh pihak anda. Apapun ia bergantung siapa cepat dia dapat.Bagi pembayaran LO ( Local Order ) , cas 3% di kenakan.Sila maklumkan kepada kami semasa memohon surat sebutharga sekiranya pembayaran anda adalah menggunakan LO.

* Seandainya anda Membatal Tempahan di saat akhir iaitu 2 minggu (14 hari ) sebelum tarikh program maka duit deposit tidak akan di pulangkan.