Jom Booking !

KEKOSONGAN APRIL 2024

(Untuk hari minggu)

Masih banyak kosong

BULAN SETERUSNYA 2024 STILL AVAILABLE



Masih banyak lagi kekosongan di kem. Jom Whatassp saya di 012 369 4057 untuk ' FAST RESPONSE' - KLIK SINI




Pakej Sewa Tapak

PAKEJ DRIMBA 
* SEWA TAPAK SAHAJA 
* KHEMAH SENDIRI
* MASAK SENDIRI !!
* PERALATAN MASAK BAWAK SENDIRI - KAMI TIDAK SEDIAKAN
* PROGRAM BUAT SENDIRI
* SEMUA SENDIRILAH KATAKAN TAPI
* LEBIH MENGUNTUNGKAN !!!!


HARGA LUMPSUM 
RM800 - RM1300 SAHAJA
2 HARI 1 MALAM 

( Harga Bergantung pada campsite) 

( BERMULA APRIL 2023)

Sebenarnya kebanyakan pusat latihan tidak menawarkan Pakej Masak Sendiri di kawasan mereka disebabkan masalah kotor dan sampah. Namun Berhulucamp memberi kelonggaran untuk penganjur / peserta memasak sendiri di kawasan kem dengan bersyarat.

Bermula tahun 2017. Pihak berhulu Camp telah menetapkan kepada group yang mengambil pakej ini, maka mereka akan di tempatkan di lokasi ' Dewan D Rimba' sahaja

Lokasi camp site ini adalah 100 meter dari kawasan utama berhulucamp.

Apapun setiap group yang ingin memasak sendiri, mereka dikenakan Cas Deposit Sampah sebanyak RM300  bagi memastikan kebersihan selepas tamat perkhemahan terjamin. 

Bayaran hendaklah dijelaskan sebelum program bermula. Deposit ini akan di pulangkan semula selepas pihak Berhulu Camp berpuas hati setelah pelanggan / peserta membersihkan kawasan dapur / masak dan tapak perkhemahan. Ini termasuk memastikan pihak penganjur / peserta membuang segala baki sampah ke tempat pembuangan sampah khas yang di sediakan  berhampiran di berhulucamp.Sila rujuk kepada penyelia kem. Kegagalan mematuhi prosedur ini, maka pihak kem berhak memotong cas ini tanpa sebarang amaran.

Deposit akan dipulangkan selepas 3 hari program bagi memberi ruang, staf kami memeriksa.( harap maklum).

PENTING :

APA YANG DIBERI PERCUMA !!!

* Tapak khemah yang boleh memuatkan sehingga 120 orang. Lebih x terima.
* Kemudahan elektrik ke tapak khemah
* Dewan Terbuka boleh muat 60 - 100 orang sahaja 
* PA System sahaja. Boleh hello..hello..hello
* Tandas 3 lelaki / 3 Perempuan 
* Kolam Mandi jeram
* Dataran terbuka
* Pondok Tempat letak barang masak

TAMBAHAN SEWAAN KALAU NAK

* DEWAN TIADA KIPAS
  Sewaan Kipas Angin adalah RM50 sebuah untuk sehari. So elok bawa kipas angin sendiri kerana  
  dewan tiada kipas angin. 

MAKLUMAN
Selepas PKP. Campsite DRIMBA telah di tutup hingga sekarang. Oleh itu , kami telah membuka campsite2 berhampiran blok pentadbiran untuk digunakan bagi pakej sewa tapak. Apapun tawaran campsite ini mengikut kekosongan sahaja kerana campsite ini sebenarnya kami lebih tumpukan kepada pakej penuh sahaja. 

PAKEJ INI HANYA SAH DI CAMPSITE DRIMBA SAHAJA . 


APA YANG TERDAPAT DI SINI ?

Di sini disediakan sebuah dewan dedah. Dewan ini berlantai simen tetapi apabila ada program kami akan alaskan dengan canvas. Dewan ini boleh menampung sehingga 50 - 60 orang. Sekiranya melebihi  dan nak selesa maka, anda boleh menyewa canopy khemah tambahan. Di Dewan tiada kipas angin. Sebab dewan ni di beri percuma. So kalau nak kipas. Boleh sewa di kem dengan cas RM50 sebuah untuk sehari.

Tandas juga ada disediakan. Terdapat 2 unit tandas untuk peserta lelaki dan perempuan.Setiap tandas terdapat 3 bilik air didalamnya dan tempat mandi peserta ( Kolah Besar). 

Untuk keselesaan para pegawai atau guru pengiring. Di sini juga terdapat 2 buah unit Chalet . Ia di beri nama Drimba 1 dan Drimba 2. Chalet ini adalah simple sahaja. Terdapat 2 buah tilam  dan bantal di sediakan buat masa ini kerana biasanya AJK akan tidur beramai - ramai di dalam chalet ini. Sebuah chalet boleh muatkan seramai 4 - 6 orang dalam satu masa tetapi kalau bila dah ramai kenalah bawa bantal sendiri dan toto untuk keselesaan

Kipas angin, lampu dan plug di sediakan manakala sebuah tandas khas untuk penghuni chalet sahaja telah disediakan berhampiran unit chalet - chalet tersebut. 
                                                                    
HARGA SEWAAN CHALET DI RIMBA
Harga Kira Semalam
NAMA CHALETHARGA SEMALAM
Chalet DrimbaRM60 



Pondok masak juga disediakan untuk group memasak. Ia cuma ada para letak barang dan singki untuk membasuh.Kelengkapan memasak kenalah bawa sendiri . Kami tiada sediakan barangan tersebut kerana sebelum ini kami pernah sediakan  namun selalu di curi oleh klien. Harap Maaf atas kesulitan tersebut. Group juga di wajibkan membawa plastik sampah untuk sisa - sisa sampah sarap.
* DIWAJIBKAN MEMBAWA PLASTIK SAMPAH HITAM UNTUK SISA- SISA SAMPAH ANDA